Kenapa MINionlicious??

Salam semua,

Hehe..ada yg tanya sis..'kenapa guna nama MiNionlicious?' Muahahah meh sis nak cerita sket camne dan kenapa sis pilih nama ni. Umum tahu yang kartun minion tu teramatlahhhhh comelnya. Sejak kemunculan kartun Despicable Me tu mmg sis obses gile dengan minion.

Hehe sanak saudara,rakan taulan yang rapat dgn sis memang semua tahu tahap 'keobsesan' (maaf merosakkan bahasa) sis terhadap minion ni..hahahah kalau kat umah sis ni memang penuh dengan minion je la sampaikan bedsheet pun minion yang menyebabkan berdenyut2 kepala hasben sis pening dek kerana obses tahap melampau kat minion ni hahahah..

Pada mula sis nak tubuhkan MINionlicious Enterprise ni..memang la encik suami menyokong tapi tang pilih nama tu masa nak daftar kat SSM tu encik suami mula la agak bengang dengan sis..hahah..tak setuju nama MINionlicious ni digunakan atas alasan nama ni nampak tak serious..nampak cam main2..hahah tapi sis memberi hujah pada encik suami yang dah start berbulu dengan minion ni (elehhh sebenarnya dia jeles la tu..sis lebih banyak peluk bantal golek minion berbanding peluk dia wakakakka) :-

1. Sis bagi tau encik suami 'bang ni kan nama saya..nama saya kan MIN so apa salahnya saya guna nama MINionlicious heheh sebab yang penting ada nama MIN tu.

2. Sis bagi tau lagi encik suami 'saya akan jadikan obses saya ni sebagai bisnes saya & saya akan bersungguh'

Hehe atas 2 hujah di atas tu dan agaknya dia nampak yang sis agak berkeras kat situ akhirnya MINionlicious Enterprise ni berjaya gak la ditubuhkan dengan izin Allah. Muahaha tapi ketidakpuasan hati encik suami tidak berakhir di situ..hahah..time nak wat name kad sekali lagi encik suami tersangat la 'jaki' dengan minion sekali lagi kerana sis membuat permintaan kat designer utk letak sekor minion yang comel! Hahahhaha..dannnn sekali lagi sis berkeras n encik suami terpaksalah mengalah dan akhirnya dia terpaksa akur yang si isteri memang teramat obses pada minion wakakakak..sekarang dia tak bising2 lagi cuma dia pernah perli 'eh..tak nak bg patung minion free ke pd customer yg beli banyak sambal hitam pahang awak ni?' Hahahah..jawapan sis mudah 'NO! Minion semua saya yang punya' hahhaahha..sekian terima kasih.





love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37




Post a Comment

0 Comments