Umum mengetahui bahawa sambal hitam pahang sememangnya berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. Sambal ini asalnya dari daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub sebelum mula dikenali di seluruh negeri Pahang yang kemudiannya diperkenalkan oleh anak-anak Pahang yang merantau ke negeri-negeri lain.
Sambal hitam pahang (sambei itang mengikut loghat negeri Pahang) diperbuat dari belimbing buluh yang direbus. Mengikut kaedah masakan tradisional, belimbing buluh berwarna hijau direbus di dalam tin minyak (zaman dahulu terdapat tin minyak 4 segi / tin biskut 4 segi) menggunakan kayu api.
Belimbing direbus hanya menggunakan garam kasar dan memakan masa hampir 1 hari untuk dijadikan belimbing hitam. Sebab itulah sambal ini dinamakan sambal hitam kerana belimbing buluh yang tadinya hijau akan berubah warna kehitaman.
Bagi masyarakat asli negeri Pahang terutama dari 3 daerah asal iaitu Jerantut, Kuala Lipis dan Raub, air rebusan belimbing akan dihidangkan bersama cili api dan bawang dan dijadikan air asam untuk ikan bakar. Manakala belimbing hitam pula bukan hanya dijadikan sambal hitam pahang yang terkenal di seluruh Malaysia tetapi juga akan dibuat sambal mentah iaitu sambal tanpa digoreng dan dimakan bersama nasi serta ulaman.
Bagi sesetengahnya pula, belimbing hitam itu akan dijadikan rampai dan dimasukkan ke dalam gulai lemak terutama gulai lemak ikan merah. Tidak hanya enak dijadikan rampai gulai lemak, malah turut enak dijadikan bahan untuk singgang daging.
Untuk memasak sambal hitam pahang pula bukanlah sesuatu yang mudah jika anda ingin sambal bertahan hingga 3-6 bulan. ianya dimasak berjam-jam lamanya, jika tidak sambal hitam pahang mudah ditumbuhi kulat dan tidak boleh dimakan.
Min'z Sambal Hitam Pahang Kini Boleh Dibeli Melalui Laman Web My Cooking Story
Namun dalam dunia yang serba moden ini, sudah ramai yang mula menjual sambal hitam pahang secara komersil. Misalnya Min'z Sambal Hitam Pahang yang menjual sambal hitam pahang secara komersil sejak tahun 2016 lagi.
Apa yang lebih menarik, Min'z Sambal Hitam Pahang telah menginovasikan sambal hitam pahang menggunakan isi ikan talang jeruk yang dipotong kiub dan dimasak mengikut resipi dan kaedah tradisi sambal hitam pahang.
Sehingga hari ini Min'z Sambal Hitam Ikan Talang telah mendapat permintaan yang menggalakkan dari semua pihak malah jualannya mencecah 200 pek sehari.
Bagi yang pernah merasa keenakan dan keunikan rasa sambal hitam ikan talang keluaran Min'z pastinya mengakui bahawa rasa enak sambal hitam ikan talang ini sukar ditandingi. Menggunakan ikan talang jeruk premium yang dipotong kiub, sambal ini dimasak sempurna tanpa menukar sedikit pun resipi asal sambal tradisi kebanggaan rakyat Pahang ini.
Kini, produk-produk keluaran Min'z Sambal Hitam Pahang boleh di dapati di laman web My Cooking Story yang terkenal dengan jualan branded kitchenware pada harga yang sangat berpatutan. Anda boleh membeli produk keluaran Min'z Sambal Hitam Pahang melalui pautan berikut ;
https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin
Jangan lupa masukkan diskaun kod MCSMIN untuk dapatkan 10% diskaun dan penghantaran adalah PERCUMA!
Atau boleh membeli secara langsung melalui pautan ini https://bit.ly/3xx2r1W
Maklumat lanjut mengenai Min'z Sambal Hitam Pahang boleh didapati di ;
Facebook : https://www.facebook.com/minzsambalhitam
Instagram : https://www.instagram.com/minzsambalhitam/
0 Comments