Amalan membuka pintu rezeki

Salam semua,

Sis agak sibuk sikit sekarang utk buat persiapan Legit Bazaar yang akan berlangsung 4-5hb June nanti bertempat di Zenith Hotel Kuantan. Sibuk juga dengan beberapa biz meeting & persiapan untuk menyambut ramadhan. Alhamdulillah sis bersyukur sangat, banyak order masuk utk bulan puasa ni.
Tadi pun Alhamdulillah ada yang minta utk jd agent utk dipasarkan di bazar Ramadhan bertempat di KL (nanti sis umumkan kemudian ye di mana tempatnya).

Ok stop cte pasal aktiviti sis. Hari ni share sikit tentang doa dan amalan untuk menjemput rezeki. Ye la selain kte solat, berdoa perlu juga amalan2 lain untuk top up kan? Misalnya tiap hari jangan lupa solat dhuha, setiap malam pula jangan lupa bertahajjud dan amalkan solat hajat utk kte memohon segala hajat kita dikabulkan. Setiap kali solat subuh pula amalkan ma'thurat..ma'thurat ni boleh diamalkan pagi dan petang tapi kalau sis, sis lebih suka amalkan disebelah pagi ye la bila petang dah kalut dengan kerja nanti mula la lupa..kalau lepas subuh ni lebih tenang. Haaa lagi 1 lepas subuh tu elok gak amalkan membaca surah Al-Waqiah.

Hehe tu je la yang sis nak share..nak share gak sepotong doa. Moga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian sis ni..maaf ye sis bukan nak tunjuk baik sebab sis ni manusia yang penuh dengan kekhilafan dan tak lari dari melakukan dosa2 hehe just nak share je amalan2 utk menjemput rezeki dengan mudah. ehh nak selit 1 testimoni laaa..heheh ok kan?




Love
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37

Post a Comment

0 Comments