Wednesday, 15 March 2017

Resipi cucur bawang lembut bersama Min'z Sambal Hitam Pahang

arini nak share resipi cucur bawang yang gebu gebas lagi lembut..seriously kalo ikut resipi yg kami share ni,Insyallah u all akan dapat menghasilkan cucur bawang yang enak dan lembut hingga ke malam..seyes weih..try la.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air panas (pastikan sehingga tepung dapat dibentuk)
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit daun kucai/daun bawang
Bawang holland yang dihiris
Sedikit ikan bilis
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara Membuat:

1. Gaulkan tepung bersama air panas hingga tepung dapat dibentuk.
2. Masukkan bawang,ikan bilis, daun kucai/daun bawang dan garam
3. Masukkan telur dan kacau hingga sebati
4. Panaskan minyak dan goreng cucur hingga masak
5. Hidangkan bersama Min'z Sambal Hitam Ikan Bilis Basah sebagai pencicah

Selamat mencuba..resipi ini juga kami kongsikan didalam Majalah Mingguan Wanita keluaran 17-23 Feb 2017 bil 1735








No comments:

Post a Comment

Min'z Sambal Hitam Pahang di BERNAMA TV

Alhamdulillah..semalam pihak kami mendapat jemputan khas dari Bernama Tv channel 502 untuk bersiaran secara langsung dalam rancangan Nine11....