Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk

Salam semua,

Alahaiii dah 2 hari x update blog..tak berkesempatan nak menulis. Sis tengah buat preparation untuk Legit Bazaar yang akan berlangsung di Kuantan pada 4-5hb June ni.

Bercakap soal rezeki, ye..rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk..ia dtg dalam bentuk indah paras rupa,kesihatan yang baik,hidup ceria dan bermacam2 cara lagi..begitu lah indah nya rahmat Allah. Rezeki akan datang tanpa disangka pada sesiapa yang bertaqwa dan mempercayai bahawa rezeki itu ketentuan Allah.

Alhamdulillah semalam (Khamis) Allah permudahkan segala urusan sis..sis semalam dari seawal pukul 9 dah keluar rumah. Tempat pertama dituju ialah Masjid Negeri Shah Alam. Haaaa..ingat tak sis cte pasal makcik yang dari Nilai yang call sis tu? So smlm sis pergi lah ke Masjib bagai yang dijanjikan. Makcik ni pd pandangan sis bukan calang2 orangnya tetapi sangat humble dan sis sangat respect dengan dia yang datang dari Nilai semata2 untuk hadirkan diri ke kelas pengajian agama...huhu terasa kerdil plak diri ni..duduk sekitar ni je tp tak pergi2 ke kelas agama di Masjid Besar Shah Alam lagi..berbalik pd cte makcik td, datang memandu mercedes putih..pd awalnya dia kata nak beli 5 botol sambal hitam pahang sis tapi bila dia tengok sis ada bawak banyak stock dalam kereta dia up kan jadi 10 botol..pastu tengah2 sis packkan 10 botol dia tambah lagi 2 hehe so total semua 12 botol la instead of 5 bottles yang dia mintak mula2..syukur sangat sis pada Allah dan terima kasih tak terhingga pada makcik tu.

Kemudian sis ada appointment pulak di SACC Mall. Hehe ada 3 appointment di sana. Pertama, appointment dengan owner apam balik sungai besar yang bertempat di laluan masuk pintu belakang PKNS tu..sesiapa yang biasa ke Kompleks PKNS Shah Alam mesti tau kedai ni. Apam balik dia memang sedap. Kedua appointment dengan dealer yang sis beli barang cod ekeke sis pun sokmo soping online ni ekekee. Ketiga dengan supplier botol sis ni ha. Alhamdulillah ketiga2 appointment berjalan lancar dan jayanya hehe..Allah permudahkan segala urusan.

Hehe pasni sesiapa yang singgah beli apam balik di apam balik sungai besar PKNS tu boleh la beli sekali sambal hitam pahang sis ni heheheh..so bagi sesiapa yang bershopping dan bakal bershopping di Kompleks PKNS boleh la dapatkan sambal sis ni di 3 tempat dalam Kompleks PKNS..hehe sambal sis ni ada di bahagian tepi hujung belah kanan, tepi hujung belah kiri dan ditengah2 kompleks..heheh sebab di Kompleks PKNS ni sambal sis boleh di dapati di Kedai Apam Balik Sg Besar, di Restoren D&R dan di kedai pakcik yang hujung sebelah kanan if dari pintu masuk utama hehhe sis lupa nama kedai pakcik tu hahahhaah..ehhh kalo bulan ramadhan ni rasa cam sesak sangat nak ke PKNS tu jgn bimbang sebab kat SACC Mall pun ada ekekek gi je ke tingkat paling bawah berdepan dengan Giant ada gerai Che Don yang jual rendang dan lemang sedap tuuuu..heheh kat situ pun ada.



Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37

Post a Comment

0 Comments