Friday, 24 June 2016

Hapuskan ego..selamatkan keadaan

Salam semua..

Haishh malam2 ni tak leh tdo plak. Hidung asyik tersumbat sebab selsema..mata pun asyik berair je. Sebab x leh tdo terpanggil plak nak tulis blog memalam ni. Malam ni rasa cam nak cte pasal ego la plak. Ramai orang yang ego..kekadang ego nak mampus. Seyes..pada sis ego ni tak bawak kemana pun malah membawa pada kehancuran.

Tak caya? Ok cuba bayangkan..korang bergaduh dengan kawan baik korang. Kes sikit je sebab sentap kwn x ajak kuar sama pastu kerana ego korang tak bertegur sapa..mula2 berhari2 kemudian bertukar minggu kemudian berganti bulan..hurmmm tak pasal2 hubungan yg terjalin bertahun lama berkubur camtu je. Padahal kalau mengalah dan minta maaf benda camtu takkan terjadi.

Tak nampak lagi? Ok sis bg contoh utk pasangan suami isteri pulak. Katakan korang bertengkar sebab tak sependapat pada sesuatu perkara yang memang hal remeh. Kemudian isteri merajuk,suami pun jenis kepala batu. Mula2 tak bertegur 2-3 hari, kemudian kerana ego suami tinggi start tak balik umah, off handphone, block kat wassap. Si isteri mulanya dah sejuk hati tapi bila tgk tahap ego suami dah macam tahap dewa mula la rasa tertekan. Bila seminggu suami menghilang apa lagi tindakan isteri yang memang dah sabar bertahun? Bawak kes ke mahkamah akhirnya bercerai lepas dah sedekad berkawen..cerai sebab remeh je pun..sebab x bersependapat. Cuba pikir secara waras,rendahkan ego mungkin dapat pertahankan perkahwinan. Sayangkan? Berpisah atas perkara bodoh pada pandangan sis walhal bukan senang nak cari pasangan yang leh tahan dgn perangai kita.

Itulah betapa kejinya sifat ego ini. Sifat ego ni memang leh bawak pada perpecahan ummah sejagat la. Cuba rendahkan ego, muhasabah diri dan cari punca kenapa terjadi silap faham. Adakah sebab pasangan kita atau memang sikap kita yang sering lukakan hati pasangan. Lagi 1, kalo perkara kecik2 tak yah la besar2kan..alaaaa..kalau takat bergaduh psal hal gulai tempoyak tu x yah la lama2. Bukan mati pun kalo tak makan gulai tempoyak hahahha..tu contoh lah..ingat sikit Allah,ingat sikit kita ni mati bila2 je. Jangan sampai mati sia2. Percayalah cakap sis..ramai org ego ni akan menyesal atas perbuatannya kemudian hari. Walau nampak tenang tapi jauh disudut hati pasti rasa terkilan. Itu bg yg masih ada hati la kalo hati dah mati,dah buta dan dah tak ada agama mmg akan pertahankan ego sampai mati..muahaha dia ingat ego dia tu leh bawak dia masuk syurga? Leh tolong jawab ngan mungkar nangkir? Apa2 pun tu la sis selalu pesan..berbalik pada agama. Kalau tahu apa itu sifat mazmumah pasti kita tak akan pertahankan ego kita. Kalau kita tau balasan utk setiap sifat mazmumah tu pasti semua jenis hubungan atas dunia ni akan bahagia.

Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566

No comments:

Post a Comment