Sunday, 19 June 2016

Hargai orang di sisi

Salam semua..
Haishhh bersawang dah blog sis ni. Lama betul tak update. Bulan2 pose ni mmg mood banyak ke laut dalam bab update mengupdate ni. Tak ada idea pun ye gak. Muahaha tapi arini rasa cam terpanggil2 plak nak update blog.

Harini tak rasa cam nak update pasal sambal hitam sis. Heheh..sambal hitam alhamdulillah dapat sambutan,hari2 alhamdulillah dapat positive feedback dari customers. Hari ni rasa cam nak tulis pasal kasih sayang..hormat menghormati dan hargai org di sisi. Tak kira la siapa pun di sisi anda tu kawan ke, partner ke, family ke tapi tolong lah hargai. Bukan senang tau untuk orang lain faham kita, sayang kita dan tahan dengan perangai kita terutama dalam hubungan suami isteri. Bila dah ada yang sayang sepenuh hati, yang ikhlas berada di sisi saat susah dan senang tolong laaaa hargai.

Terkadang frust tengok segelintir suami yg langsung tak hargai isteri, seorang kawan yang mudah tinggalkan kawan saat susah dan adik beradik yang bercakaran tak berkesudahan. Percayalah..suatu saat anda pasti akan terkenangkan orang yang pernah bersusah untuk anda,yang setia ada siang dan malam. Seyes..sedih kekadang tgk sikap segelintir suami yang layan isteri ibarat musuh walhal susah senang suami,

isteri sentiasa ada. Kalau setakat isteri mintak belikan air berharga rm2.50 di bazar Ramadhan, tak payah lah dimarahi isteri. Kekadang bukan isteri tak mampu tapi mungkin nak bermanja lagipun memang tanggungjawab suami nak sediakan makan pakai dan tempat tinggal isteri. Ada suami pulak yang jenis berkira dengan isteri..segalanya nak sorok sampaikan duit pun sanggup nak sorok..ada yg perangai buruk pulak sanggup lipatkan duit kecil2 kemudian sorok dalam seluar jeans. Terkadang sang isteri memang tahu tapi pura2 tak tahu dan simpan rasa sedih jauh2 dalam hati.

Orang di sisi kita ni terkadang banyak makan hati dengan sikap kita tapi kebanyakannya memilih untuk pendamkan semua kesedihan sebab tak nak keruhkan hubungan. Namun mungkin kerana kejahilan kita atau kerana sombongnya kita, seringkali kita tak endahkan perasaan orang sekeliling. Cakap ikut lepas, maki hamun saat marah atau mudah sangat melepaskan kemarahan. Orang di sisi kita bukanlah tong sampah untuk kita hamburkan segala kemarahan, bukan juga musuh untuk sering kita maki hamun tetapi orang di sisi kita ialah orang yang sanggup berkorban untuk kita selagi ada hayat dikandung badan. Percayalah..selagi kita menghormati selagi itu lah kita akan dihormati..selagi kita menyayangi selagi itu kita disayangi. Terkadang terpikir susah sangat ke kita untuk menghargai orang di sisi kita? Terpuk dada tanyalah iman..jangan sampai suatu saat orang di sisi pergi meninggalkan kita,saat itu baru tau apa itu menghargai! Peringatan dan coretan ini juga untuk diri sendiri. Moga Allah tunjukkan kita semua jalan yang benar.



Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37

No comments:

Post a Comment