Wednesday, 22 June 2016

Berubahlah selagi ada kesempatan

Salam semua,

Muahaha..alkisah pagi ni sis terlepas sahur. Agaknya sebab kepenatan sangat kot atau kesan kena injection dari hospital semalam. Semalam kurang sihat..gi hospital check sekali tengok demam sikit tinggi then darah pun tinggi sikit sebab sakit so doktor bagi injection. Balik rehat jap..malam start wat packaging sambal hitam ikan talang..siap pack sambal wat lak bungkusan untuk pos hari ni. Tidur agak lewat gak pastu sedar2 azan subuh..muahahah..bingkas bangun. Alahaiii terlepas plak sahur, walaupun kekadang sis tak makan pun just minum air tapi ralat sungguh rasa.

Tu la kitakan? nampak sangat memang hamba yang lemah. Penat sikit atau sakit sikit pun mula la terlajak tidur,hilang nikmat bangun tahajuud atau bangun bersahur. Jadi dah tahu menumpang di dunia ni sebagai hamba kenapa masih nak mendabik dada? sombong? ingkar perintah Allah. Sis dah tua2 ni banyak berfikir camtu. Hurmm..ibarat kita ada maid then maid kita sombong nak mampus dengan kita..apa yang dia nak kita bagi tapi apa yang kita mintak dia buat dia ingkar..tak ke rasa nak terajang? Itu lah perumpamaannya tentang hubungan kita dengan Allah bezanya Allah maha pengampun tak ada la cam kita yang rasa nak terajang maid kita tu. Allah maha penyayang walau sebesar mana pun salah kita Dia tetap sayang kita dan sentiasa bagi kita peluang dan ruang untuk bertaubat.

Jadi jom lah kita sama2 mengambil kesempatan ini untuk sama2 berubah..berubah selagi ada kesempatan. Mati tu tak menunggu kita untuk sempat bertaubat atau tidak..sempat berubah atau tidak. Alangkah malangnya kita jika umur sudah menginjak ke usia emas tapi masih bersikap seperti umur 20-an. Alangkah sedihnya kita jika umur sudah hampir senja tapi belum berubah..masih baran. Masih suka memaki hamun..masih lagi tidak solat..masih lagi suka menipu dan lebih malang masih lagi suka menganiaya kehidupan orang lain. Jom lah..marilah..kita berubah selagi ada kesempatan. Kita tak selamanya sihat,tidak selamanya berkuasa. Suatu saat Allah tetap akan tarik nikmat kita sedikit demi sedikit. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Nanti suatu saat kalau kita sakit terlantar, masa tu baru teringat nak berubah rasanya dah terlalu terlambat. Jika hari ni kita berkuasa menindas orang lain mungkin suatu saat kita perlukan pertolongan orang yang kita tindas dan aniya tersebut. Dunia ini berputar..berubahlah selagi duia ini tidak terhenti buat kita.



Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566

No comments:

Post a Comment