Saturday, 25 June 2016

10 malam terakhir

Salam semua,

pejam celik,pejam celik dah masuk hari2 terakhir bulan Ramadhan rupanya kita. Macam cepat sangat rasanya masa berlalu. Sis tahun ni tahun pertama beraya tanpa ibunda tercinta. Persiapan raya? memang langsung tak prepare apa lagi. Raya di mana pun lom decide lagi. Sekarang masih sibuk dengan sambal-sambal sis ni. Alhamdulillah semakin hari semakin mendapat sambutan. Moga Allah akan luaskan lagi rezeki.

Alhamdulillah kawan2 pun sentiasa bagi sokongan dan alhamdulillah hampir setiap hari dapat positive feedback dari customer. Syukur sangat2 moga perniagaan sis ni akan lebih berkembang di masa2 akan datang.

Sepuluh hari terakhir ni tak banyak yang sis mintak. Selain memohon keampunan Allah, memohon agar diluaskan rezeki, dilariskan perniagaan sis juga memohon agar hati sentiasa bersih. Jauhkan dari sifat ego yang membunuh dan hapuskan sifat cepat melenting. Hidup ni singkat, apalagi yang kita harapkan dalam hidup ni selain dari berubah untuk menjadi yang lebih baik. Hijrah itu penting. Andai kata kehidupan sekarang tidak membahagiakan, kita harus cari jalan penyelesaian dan bebaskan diri dari kehidupan yang menyakitkan. Apa yang penting tidak mudah putus asa, tidak mudah mengalah. Moga Allah membuka hati2 yang masih tertutup rapat. Moga Allah rendahkan egois hambanya dan moga Allah tunjukkan jalan yang benar. Asalkan usaha, tawakkal dan berdoa In Shaa Allah akan ada jalannya. Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar. Moga kehidupan yang berbeza yang kita pilih akan lebih membahagiakan kita.

jangan lupa untuk sama2 merebut kesempatan yang Allah berikan di malam2 terakhir bulan Ramadhan ni.




Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37

No comments:

Post a Comment