Tuesday, 7 June 2016

Puasa Dulu-Dulu

Salam semua,

Cepat masa berlalu..harini dah puasa ke-2 dah. Alhamdulillah semalam kita berjaya menghabiskan puasa pertama kita. Sis semalam berbuka ala kadar cuma beli kuih seri muka dan murtabak sebijik. Mungkin dah makin berusia jadi nafsu makan tak sehebat dulu. Semalam sempat ke bazaar ramadhan Setia Alam dengan encik suami..hurm..harga makanan cam makin naikkkkk je..hehe..

Teringat puasa dulu2..masa zaman muda2 dulu..meriah sangat2. Petang2 camni mula la sibuk di dapur tolong mak menyiapkan juadah berbuka puasa. Sis paling suka kalo mak buat kuih badak berendam..mabeles sangat rasa. Mak pulak dulu suka masak nasi ulam pahang..heheh maklumlah kami ni anak jati pahang. Best gile..makan plak dengan daging pacak.

Arwah abah plak dulu kalo bulan2 puasa ni kegemaran dia ialah air sirap dengan buah kabung. Suka sangat dia minum air sirap + buah kabung tu. Kalau adik sis plak (adik sis down syndrome) kegemaran dia kuih batang buruk. Pernah sekali tu sis dan kakak sis nampak dia penuh tangan amik kuih tu nak bawak ke masjid, kakak sis beria2 la tolong adik tambah lagi dan masukkan dalam plastik untuk dia bawa ke masjid..niatnya biarlah dia letak untuk moreh..hehehe..pas abes moreh dengar2 dia tak bagi pun orang lain amik kuih tu..semua dia makan sendiri je..hahahah..

Dulu2 meriah sangat bulan puasa. Arwah abah rutin harian dia masa berbuka cuma makan kurma dan segelas air sirap pastu dia akan ke masjid. Habis solat Maghrib di masjid baru dia balik utk makan pastu dia akan ke masjid semula untuk solat Isyak & Terawikh. Balik dari masjid dia akan ajak kami adik beradik (kalau ada cucu-cucu balik pun kena join sekali) untuk bertadarus. Macam tu la arwah abah menghidupkan bulan Ramadhan kami sekeluarga.

Tapi tu semua dulu, semua dah berlalu. Arwah abah meninggalkan kami pada tahun 2009 akibat barah usus tahap 4. Masa tu sis lom kawen. Arwah abah meninggal pada bulan June 2009 dan sis berkawen pada Nov 2009. Arwah mak pulak meninggal November 2015 sakit tua. Rasa berdosa sangat2 pada arwah mak sebab tak dapat jaga dia macam mana adik beradik lain jaga dia.

Tahun ni tahun pertama kami berpuasa dan bakal menyambut raya tanpa arwah mak. Adik sis pulak sekarang tinggal dengan abang sulung sis di Terengganu, kakak sis yang juga down syndrome saat sis update blog ni dia tinggal bersama kakak di Temerloh.Sedih? sangat2..Allah je yang tahu. Biasa tiap tahun sibuk macam mana pun sis akan luangkan masa beli baju raya untuk mak,adik dan kakak sis . Tahun ni nampaknya tak ada lagi baju untuk mak..huhuhu..Al-Fatihah untuk arwah mak dan abah..moga mereka ditempatkan dikalangan orang2 beriman

Ok la, sis stop dulu..nak sambung kerja pack sambal. Esok ada banyak yang nak dipos. Alhamdulillah rezeki datang mencurah Ramadhan ini.






Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37



No comments:

Post a Comment