Kami kini tampil dengan wajah baru

Salam semua. Selamat pagi..moga hari ini membawa seribu rahmat buat kita semua.

Alhamdulillah kini kami muncul dengan wajah baru. Kini kami tampil demgan logo & sticker baru yang Insyallah mampu menambat hati anda. Kami berjanji yang kami bukan hanya sekadar rupa malah menyajikan anda sambal hitam pahang yang asli & enak.

Benar..tidak mudah untuk tampil sejauh ini tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Setelah lalui pelbagai proses & prosedur untuk mendaftar dengan pelbagai badan termasuk mendaftar hak milik logo kini segalanya sudah hampir lengkap. Cuma buat masa sekarang kami belum lagi boleh mendaftarkan sijil halal kerana kami masih beroperasi dari runah..100% home made.

Alhamdulillah juga kerana kini anda boleh dapatkan produk kami di hampir 30 cawangan sekitar Shah Alam & Klang..juga di R&R Dengkil arah Selatan. Anda boleh ikuti kami di page kami bagi memudahkan anda mendapatkan maklumat tentang produk kami 


Post a Comment

0 Comments