Tuesday, 4 October 2016

H.A.V.O.C


Hari ni kami nak buat sedikit perkongsian ilmu dengan u ollsss..tak rugi pun kalau kita berkongsi ilmu kan? Semakin kita memberi semakin luas rezeki kita. Apa ilmu yang kami nak kongsi hari ni? Ok..ni khas untuk usahawan2 yang memang gigih nak promosikan produk masing2.

Ilmu ni kami dapat dari Tuan Hasbul Aqill CEO Majalah Niaga. Menurut beliau untuk membuat sesuatu content formulanya ialah H.A.V.O.C. Apa itu HAVOC??

H - Headline 
Headline memang sangat penting. Asas membuat headline ialah 
1. Kenal pasti siapa pelanggan anda
2. Kenal pasti masalah mereka
3. Kenal pasti manfaat/solusi 

A - Attention
Attention untuk menarik minat pembaca/pembeli

V - Visible
Pastikan iklan anda memang boleh dilihat

O - Original
Pastikan iklan/artikel anda itu benar2 asli..jangan la ciplak2..sikit2 boleh la seeloknya elakkan

C - Consistency
Ini yang paling penting..pastikan iklan atau post2 anda konsisten. So bagi yang sebelum ni tak paham kenapa laaaa si polan si polan ni asyik update je status..ok..ni rahsia & jawapannya. Sesetengah ada yang suggest post la minima 7-8kali  post sehari..ada yang cakap minima 3 kali sehari. Bagi kami..itu terpulang kepada anda..pastikan anda post sekerap mungkin.

Ok itu je ilmu yang nak share hari ni. Insyallah kalau berkesempatan nanti kami share lagi ilmu bersama anda semua. Sharing is caring! tak rugi pun kongsi ilmu ni sebab ilmu yang bermanfaat akan bantu amalan kita. Selain praktikkan ilmu..jangan lupa yang paling penting doa..mohon keampunan & mohon segala perjalanan kita dipermudahkan. Kalau boleh setiap hari amalkan Mathurat ye..



Sebelum mengundur diri kami kongsikan video kami yang kini juga dah ada di Youtube..selamat menonton..TQ semua




No comments:

Post a Comment