TIPS BERJAYA DUNIA AKHIRAT

Seringkali kita manusia yang penuh kekhilafan ini lupa tentang akhirat. Sering kita mencari jalan untuk berjaya di dunia tapi kita terlupa mencari jalan untuk barjaya di akhirat. Kami tidak menunding jari pada orang lain tapi pada diri kami sendiri..sering alpa. Sering memandang kejayaan itu dari sudut duniawi.

Sebenarnya ada terlalu banyak tips & point untuk berjaya dunia & akhirat, tapi hari ni kami ingin berkongsi tips yang simple.

1. Solat di awal waktu. Bukankah di dalam seruan azan itu sendiri berbunyi 'marilah menuju kejayaan'?

2. Mentaati ibu bapa. Jangan sesekali menderhaka kerana redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. Seringkali kita tonton pada kejadian sebenar..anak yang derhaka memang susah hidupnya. Tidak semestinya susah dalam erti kata kekayan & kemewahan tapi kita dapat lihat susah segala urusannya. Seringkali tiap apa yang diusahakan akan gagal. Jika kita sering gagal dalam usahakan sesuatu periksa lah hubungan kita dengan ibu bapa kita

3. Bangun solat tahajjud. Ini terapi paling berkesan. Jika sedih atau dilanda kesusahan cuba la gunakan terapi ini..pasti akan rasa perbezaan. Tapi kalau boleh amalkan lah bukan sujud saat susah sahaja (pesanan untuk diri sendiri).

4. Amalkan membaca surah Al-Waqiah. Bagi yang sulit untuk mendapatkan jodoh cubalah amalkan membaca surah ini tiap kali selepas maghrib. Bagi yang berhajat agar rezekinya tidak putus cuba amalkan baca tiap kali lepas subuh.

5. Amalkan membaca Al-Mathurat. Dalam Al-Mahturat itu sendiri sudah termasuk segala doa pendinding, doa murah rezeki, doa keselamatan dunia & akhirat. Cubalah amalkan tiap hari..sekali sesudah subuh sudah memadai.

6. Solat Dhuha. Percayalah solat ini penuh keajaiban.

Kami seperti insan lain terkadang alpa dengan kesibukan hingga ada yang tertinggal amalan2 penting ini. Jika anda rasa susah untuk amalkan paksa lah diri..istiqomah..insyallah lama2 akan terbiasa & akan rasa kekok jika tinggalkan. Itu saja yang kami ingin kongsikan.

Bagi yang ingin membuat tempahan sambal hitam kami..jangan tunggu lagi. Bertindaklah cepat untuk dapatkan harga istimewa dari kami di Minionlicious Enterprise. Hubungi kami

Whats app 017 2061566 (Min)
Whats app 017 2061566 (Min)
Whats app 017 2061566 (Min)

Juga boleh hubungi kami melalui
https://www.facebook.com/MINionlicious
https://www.instagram.com/minionlicious_enterprise




Post a Comment

0 Comments