Salam semua,
Petang ni baru berkesempatan sis nak update blog. Maaf la, super bz + kesihatan terganggu + ketidak stabilan hormon dan emosi hahaha.. Tgh berusaha gigih memenuhi permintaan menjelang Ramadhan. Alhamdulillah dikurniakan suami yang ringan tulang, dia lah yang banyak membantu sis siapkan order kalau tak mmg menangis gak la sis ekekek. Alhamdulillah juga dengan rezeki yang tak putus2, Alhamdulillah sambal hitam ikan talang yang sis baru pasarkan 1hb June lepas mendapat sambutan yang menggalakkan..ramai yang suka sambal baru sis ni.
Sambal ni memang menggunakan sepenuhnya isi ikan talang masin. Ditumis bersama bawang dan cili api serta belimbing buluh maka terhasillah sambal istimewa sis ni. Ikan talang ni memang sis beli seekor kemudian hasben sis akan melapah,melarik,mencincang dan memotong bagai hahahha..semuanya menggunakan kaedah manual. Sambal ni memang sangat istimewa kerana ini adalah sambal resipi sis sendiri dan idea datang dari encik suami. Sis mengolah resipi ini dari resipi turun temurun negeri Pahang. Maklumlah sis memang anak jati Raub. Resipi yang sama cuma olahan berbeza, menggunakan isi ikan talang. Marilah cuba memang berbaloi-baloi. Jaminan rasa yang enak dan harga yang berpatutan. Cuma sediakan nasi panas, buka penutup botol sambal hitam pahang sis ni dan kaut dalam pinggan..hehe semudah ABC..iye dok? Ekekek
Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37
0 Comments