Salam semua,
Bulan puasa ni memang bulan yang sangat2 menguji kesabaran plak2 bagi yg ada sifat pemarah. Ye la org yang pemarah ni sebenarnya tiada sifat kesabaran..langsung tak boleh bersabar. Orang pemarah ni mudah marah dengan benda2 yang kecil dan remeh. Kadang2 jem sikit je pun leh jadi punca org yg bersikap pemarah ni naik angin dan mula la memaki hamun org sekeliling. Hehhe..nape tetibe sis nk update blog bagai pasal isu ni? Hahhaah sebabnya sis baru baca pasal sifat2 mazmumah. Insaf jap sebab sis ni pun tergolong dlm org yg mudah marah hehehehe.
Bagi golongan lelaki terutamanya yg bergelar suami..kurangkan sifat marah anda tu sebab sifat pemarah anda tu hanya melukakan hati isteri yg ikhlas menyanyangi anda..cehhhh muahahah ayat skema gile. Tapi tu la hakikatnya. Kadang2 isteri tanya elok je..contoh tanya cukup ke barang keperluan yang diperlukan suami tapi suami mula menjawap dengan nada meninggi dan marah2..tak ke tu mmg akan lukakan hati isteri? Tu lom bab maki hamun..panggil isteri sial la..celaka la..hurm ntah laaa..pd sis org yang tak menghormati tidak layak utk dihormati. Tunjukkan sifat marah pd isteri dan anak2 adalah sikap paling tak bijak sebab mungkin mereka akan rasa takut pada suami atau bapa mereka tp mereka akan hilang rasa hormat. Suami atau bapa yg bersifat sebegitu cuma akan dibenci,ditakuti tapi bukan dihormati. Garang perlu ada utk mendidik..tapi jangan keterlaluan. Betul..garang memang perlu, yang tak perlu ialah bersikap panas baran.
Muahaha panjang lak bebel..ok la sis nk wat preparation utk masak sambal hitam pahang sis ni. Heheh stock dah abes. Sambal hitam ikan bilis langsung kehabisan stock dan sambal hitam ikan talang cuma tinggal lagi 2 botol..order alhamdulillah banyak plak masuk tapi terpaksa hold sebab stock tak ada..hhehe..
Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37
0 Comments