Alhamdulillah..semalam pihak kami mendapat jemputan khas dari Bernama Tv channel 502 untuk bersiaran secara langsung dalam rancangan Nine11. Pertama sekali pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak Hawa Business Centre (HBC), Bernama News Channel (BNC) & Koperasi Bernama Berhad kerana sudi memilih kami sebagai salah seorang yang bertuah sebagai Usahawan Cemerlang di bawah payung Hawa Business Centre yang dapat ke udara secara langsung di kaca tv yang ditonton 2 juta rakyat Malaysia..satu penghormatan yang terbaik yang kami terima..sungguh sangat2 terharu atas peluang & ruang yang diberikan.
Dengan peluang yang telah diberikan dapatlah kami memperkenalkan sambal tradisi negeri Pahang ini kepada anda secara lebih meluas. Syukur tak terhingga kerana antara impian pihak kami untuk memartabatkan Sambal Hitam Pahang ini telah terlaksana dengan bantuan HBC,BNC & KOBEBE ini. Alhamdulillah juga atas sambutan yang menggalakkan terhadap sambal hitam keluaran Min'z Sambal Hitam Pahang. Jika sebelum ini tak ramai yang sedar dengan kewujudan kami, Alhamdulillah kini semakin ramai yang mengenali.
Seperti yang telah kami ceritakan di dalam slot BNC-Shop dalam rancangan Nine11 semalam, kami telah mengeluarkan 4 jenis sambal tradisi dengan harga yang sangat berpatutan.
👉 Sambal Hitam Ikan Bilis Kering mempunyai tekstur yang kering seakan serunding. Dipekkan dalam cubic glass jar dan berat bersih kandungan 120gm. Harga cuma RM15 sebotol
👉 Sambal Hitam Ikan Bilis Basah pula teksturnya basah dengan minyak. Ini ialah versi asal seperti yang dihidangkan dirumah. Dipekkan dalam round glass jar yang berukuran comel dan berat bersih kandungan ialah 100gm sahaja. Harga cuma RM12 sebotol
👉MIN'Z SAMBAL HITAM PAHANG ~SAMBAL HITAM IKAN TALANG @ OUR GOLDEN PRODUCT
Sambal Hitam Ikan Talang adalah produk istimewa yang kami hasilkan khas untuk anda. Tidak dinafikan sekarang ramai yang komersilkan sambal hitam pahang ni. Tetapi kami di Minionlicious Enterprise membawa sedikit kelainan dalam menghasilkan sambal hitam pahang. Lambakan produk sambal hitam pahang di pasaran sekarang rata2 menyajikan sambal hitam pahang menggunakan ikan bilis, jadi kami menghasilkan sesuatu yang baru tanpa mengubah resipi asli.. Menggunakan isi ikan jeruk talang yang terpilih, dimasak bersama bawang besar, cili api dan belimbing buluh rebus maka terhasillah sambal hitam ikan talang yang mempunyai rasa yang enak & unik😋😋. Dipekkan dalam round glass jar berukuran comel yang senang dibawa kemana2 dengan berat bersih kandungan ialah 100gm sahaja. Harga cuma RM20 sebotol
👉 Sambal Tumis Tempoyak. Sekali pandang tiada bezanya dengan Sambal Hitam Ikan Bilis Basah kerana rupanya yang seakan sama juga dipekkan dalam botol & saiz yang sama malah harga juga sama namun rasanya sangat2 berbeza. Kami menyajikan anda sambal tumis tempoyak yang sangat2 istimewa menggunakan ramuan terpilih juga dimasakan sehingga 12 jam. Bagi penggemar2 tempoyak di luar sana, boleh cuba sambal istimewa kami ini yang sememangnya resipi asli dari daerah Raub Pahang.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau untuk membuat tempahan boleh la menghubungi kami di talian 017-2757517
Agent juga diperlukan🤗
1 Comments
wahh masuk tv
ReplyDelete