Salam semua,
Hari ni dah 24 Ramadhan dah ye. Kurang seminggu lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sis tahun ni memang x wat persediaan raya lagi. Biskut raya ada la beli ngan kwn baik sis 4 balang pastu beli batang buruk hehe..tu je la. Baju raya memang tak beli lagi setakat hari ni dan memang belum ada perancangan nak beli.
Jualan sambal hitam pahang Alhamdulillah agak memberangsangkan. Alhamdulillah tiap hari ada permintaan walaupun raya semakin hampir. Sebelum Ramadhan hari tu sis agak bimbang sebenarnya, bimbang sales akan drop sepanjang bulan Ramadhan ni tapi Alhamdulillah tidak begitu malah sales sepanjang bulan Ramadhan ni makin meningkat. Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi yang memberi rezeki kepada hamba2Nya.
Sis masuk minggu kedua puasa aritu dah start kurang sikit selera makan. Semalam beli nasi kerabu pun makan tak sampai separuh..pastu perut dah rasa full sangat. Tadi sahur pun tak makan kecuali amik berkat minum air masak je. Air plak hari2 tekak sis ni cuma sirap je yang berselera ditekak ni. Tu pun sirap yang dibancuh sendiri..rebus guna daun pandan. Hehehe air tu je la telan hari2 memang tak jemu. 1 jug pun leh abes sorang ekekeke. Nak resipi wat sirap sendiri? Nah..amik la
Gula batu
Gula pasir
Sirap rose
Daun pandan
Cara nak buat cuma masukkan semua bahan td dalam periuk dengan air then masak je la sampai gula betul2 cair. Dah siap tutup api biarkan sejuk leh la letak dalam botol then tiap kali nak minum just campurkan air masak n ais..hehehe..
Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37
0 Comments