Jagalah maruah keluarga

Salam semua,

Hehe arini kat fb penuh dgn kisah mamat gentleman yg raikan birthday gf dia dgn mewah. Hehe..pd sis seyes itu tak jd isu pun coz maybe dia berbelanja mengikut kemampuan dia. Muahaha tp yg x syok bila gambar berpegangan tangan bagai coz lom kawen kan? Hehe atleast jaga maruah family.

Pada sis..belum kawen ni mmg la dik oip..mintak apa saja insyallah dapat. Hehe realiti kehidupan sebenarnya ialah selepas kawen dik non oip. Kawen tu permulaan idup yang mengajar dan menguji kesabaran,kesetiaan dan sebagainya. Memang impian tiap wanita utk hidup bahagia..dapat suami kacak dan kaya tu plak ialah satu bonus,tapi yang penting sebenarnya ialah pegangan agama. Suami yang tak ada pegangan agama pada sis ialah suami yang gagal. Tanpa pegangan agama ni semua masalah kecil akan dibesar2kan. Apatah lagi kalau suami tu jenis yang tak solat..hurm macam2 masalah akan timbul..seyes..percayalah cakap sis.

Orang yang ada agama akan tebal sifat malu dalam diri. Tak akan suka memaki hamun sepanjang waktu, mampu menahan rasa marah pada perkara2 kecil. Jadi kalau nak cari suami tolong lah jangan cari suami yg kaya semata2 tp carilah suami yang ada pegangan agama. Orang beriman dan tak beriman ni banyak bezanya. Orang yang beriman akan jaga maruah isteri manakala orang yang tak beriman ni akan telanjangkan maruah isteri depan org ramai.

Lagi 1..jangan kawen dengan orang yang panas baran. Masa bercinta tu kalau nampak2 ada gaya bakal suami tu panas baran rasanya elok lah cabut awal2 hahaha melainkan memang dah tertulis di luh mahfuz yang tu mmg suami dunia akhirat. Uikssss seksa dik non kalo dapat laki panas baran ni. Nanti dia nak sembur kat mana2 je dia sembur tak kira depan orang ke tidak. Memang tak akan jaga langsunglah maruah isteri dan diri sendiri. Dapat plak yang jenis mulut jahat yang suka maki hamun adusss nyesal sampai mati. Tu belum bab kena pukul. Yang si isteri plak bila dah bertahun kena maki tak pun sikit2 ugut cerai kekadang goyah imannya..nak gak bg penampar pada mulut yg kuar macam2 padahal makan minum pun isteri tanggung 100%. Hahahah itu cte kalo dapat suami jahat la. Suami jahat suka libatkan org ketiga utk jatuhkan maruah isteri. Hahha kekadang seret bini ke balai polis then kata nak telanjangkan isteri bagai..astagfirullah..mungkin tiada agama orang sebegini.

Tapi ramai yang dapat suami baik2..syukurlah pada yang dapat suami baik tu..heheh cam sis bgtau, asalkan ada pegangan agama asalkan basic pun jadilah. Insyallah bahagia hingga akhir hayat. Kalau dapat suami yg solat pun asyik bini nak ingatkan atau pun terawih tak pernah buat..hurmmm pikir2 kan lah. Jadi kesimpulannya utk adik2 yg lom kawen tu..jgn mimpi nak sweet2 sgt..nak jd princess bagai..nanti dah kawen tau la tahap mana semua..princess ke queen ke tak pun maid hahahahah.

Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566

Post a Comment

0 Comments