Pelancaran Produk Baru

Bismillahirahmanirahim..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ,Kami dengan ini melancarkan produk terbaru keluaran MINionlicious Enterprise iaitu Sambal Hitam Isi Ikan Talang. Sambal ini adalah sambal istimewa keluaran MINionlicious Enterprise semperna menyambut Bulan Ramadhan.

Sambal ini menggunakan sepenuhnya isi ikan masin talang yang berkualiti. Seperti sambal hitam pahang sebelumnya, sambal ini menggunakan belimbing buluh sebagai bahan asas. Tetapi sambal terbaru keluaran kami ini bertekstur basah berbanding dengan sambal hitam pahang ikan bilis yang dimasak betul2 kering. Dijual dalam botol yang sama dan isi kandungan berat bersih juga sama iaitu 120gm . Dengan ini, sekali lagi dengan rasminya kami dari pihak MINionlicious Enterprise mengumumkan pelancaran Sambal Hitam Pahang Isi Ikan Talang.Produk ini boleh didapati mulai hari ini di Restoren Cili Api (Setia Alam), Apam Balik Sg.Besar PKNS dan Che Don SACC Mall. Tempahan secara online juga kini telah dibuka.

Kami membeli ikan masin talang yang harga seekor mencecah hampir RM200, mengambil isi untuk dijadikan sambal hitam pahang ini. Untuk proses membuat sambal..separuh isinya dikisar halus dan separuh dipotong kiub kecil2 bagi mendapatkan sambal yang pekat dan penuh dengan isi ikan masin talang ini. Sis menjanjikan kepuasan pihak pelanggan, jaminan rasa yang enak dan harga yang berpatutan. Seperti sambal hitam ikan bilis, sambal hitam ikan talang ini sangat enak dimakan bersama nasi panas. Sesuai dijadikan sebagai pembuka selera ketika sahur sepanjang bulan Ramadhan yang akan tiba minggu depan.

Bagi pembeli sekalian jangan terkejut melihat sambal hitam isi ikan talang ini cuma separuh botol berbanding sambal hitam ikan bilis ini adalah kerana tekstur sambal hitam isi ikan talang ini adalah basah serta ia berat dengan isi ikan talang yang telah dipotong kiub kecil2. Sis menjual sambal sis mengikut gram ye..bukan mengikut penuhnya botol. Harga ikan talang juga adalah sangat mahal berbanding ikan bilis. Daripada sekilo ikan talang, cuma setengah kilo saja yang boleh dijadikan sambal selebihnya ialah tulang dan kepala. Jadi sis mohon para pelanggan jangan lah terkejut dan membandingkan harga sambal terbaru ini dengan harga sambal ikan bilis ye.








Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37

Post a Comment

0 Comments