Segalanya boleh diselamatkan jika bertindak secara waras

Salam semua,

Hari ni sis tgk cte tajuk 'House of Sand and Fog'. Cte ni tentang seorang pompuan yang gigih mempertahankan rumah dia yang dibeli secara tidak sah oleh keluarga dari Iran. Kolonel Behrani nama owner baru umah tu pun berkeras tak nak pulangkan umah tu semula pd pompuan tu..nama Kathy. Kathy ni plak ada sorang bf keje polis.  1 hari kathy ni frust sgt dgn hidup dia, gi rumah lama dia then cuba nak bunuh diri tp owner baru umah tu sekeluarga selamatkan dia n tolong dia then dah setuju nak pulangkan umah tu blk kat Kathy tu. Tapi tetibe bf dia masuk campur yg mana akhirnya menyebabkan kematian pd anak Kolonel Behrani tu. Frust dgn keadaan tu Kolonel Behrani balik umah bunuh bini dia then bunuh diri sendiri. Bf si Kathy tu plak masuk penjara. Ending dia mmg tragis.

Dari cte tu sis rasa cam insaf plak n wat sis berfikir..andainya kita tidak bertindak diluar kawalan atau diluar kewarasan kita segalanya akan baik..segalanya dapat diselamatkan. Cam cte yg sis tgk ni. Andai bf si Kathy tu tak masuk campur semuanya akan selamat..Kathy tu dapat balik rumah dia dan 3 beranak tu tak akan mati sia2. Benarlah..bertindaklah ketika waras, berfikir secara matang dan jangan buat sebarang keputusan ketika marah. Marah memang akan menghilangkan kewarasan seseorang. Jika kita dapat mengawal sikit kemarahan banyak perkara yang boleh diselamatkan, banyak hati yang tidak terluka.

Dengan bertindak secara waras..perkahwinan bertahun lamanya mampu diselamatkan, hubungan kekeluargaan tidak akan kucar kacir. Suatu ketika kita akan menyesali segala tindak tanduk kita. Kita akan rasa betapa bodohnya kita kerana telah dikuasai oleh perasaan amarah yang langsung tidak membawa kepada sebarang kebaikan. Ramai yang tersilap langkah kerana membuat keputusan ketika marah..ada isteri yang sanggup dijatuhkan maruah oleh suami kerana marah. Hurmmm soooo moral of the story..baliklah pada ajaran agama Islam dengan sebenar2nya. Tanamkan dalam hati rasa insaf dan ingin bertaubat.

Opsss..sis tak de gambar nak letak so letak la doa ni..hehehe



Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37

Post a Comment

0 Comments