Jenis2 sambal hitam

salam semua,

Hari ni sis nak cte pasal jenis2 sambal hitam tapi hari ni sis tak ada gambar yang nak share..mohon maaf ye.
Sambal hitam pahang ni sebenarnya ada 2 jenis:-

1. Jenis basah
Sambal hitam pahang jenis basah ni biasanya jadi hidangan masakan dirumah. Cara masak sama je dan bahan2 pun sama je iaitu bawang,cili api,belimbing rebus dan ikan bilis. Bezanya sambal ini di masak sekejap dalam 5-10 minit dah siap dan teskturnya lebih basah. Jenis ni lebih digemari ramai khususnya bagi penduduk asal negeri Pahang. Hehe sama la dgn sis,sis mmg lebih suka yang basah sebab dah biasa dari kecil arwah mak hidangkan sambal hitam pahang jenis basah. Tapi sambal hitam pahang jenis basah ni tak tahan lama..paling lama pun dalam 2 minggu je nanti akan berkulat.

2. Jenis kering
Sambal hitam pahang jenis kering ni ambil masa yang lama nak siapkan, biasanya sis ambil masa 7-8 jam untuk siapkan sambal hitam ni. Sambal hitam jenis kering ni memang tahan lama In Shaa Allah boleh tahan hingga 2 bulan. Sambal hitam pahang jenis kering ni memang sesuai sgt kalau nak bawak ke mana-mana terutama bagi yang gemar melancong. Rasanya sama je enak dengan yang basah cuma teksturnya yang kering macam serunding.

Sis dah terangkan jenis2 sambal hitam ni jadi terpulang pada selera masing-masing. Sambal hitam pahang yang sis jual ni ialah jenis ke 2 tu..sambal hitam pahang versi kering. Sis packkan dalam botol yang cute dan seal. Meh la try. Leh contact sis 📲 017-2061566

Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566

Post a Comment

0 Comments