Hari ni mood sis down sket..dugaan dalam berniaga tiba2 datang. Bukan masalah besar pun,In Sha Allah boleh diatasi tapi sis ni manusia biasa ekekek kadang2 tu terhanyut dek perasaan. Ye laaa..semua orang impikan kesempurnaan kan? heheh..
Orang yang berniaga ni memang bermacam dugaan tapi percayalah dugaan yang datang tu semua akan mematangkan kita semua. Seperti rezeki, dugaan juga datang dalam pelbagai bentuk. Bagi si peniaga kadang-kadang berdepan dengan kerenah pelanggan, kadang-kadang berdepan dengan kerenah pengedar, kadang-kadang berdepan dengan kerenah pesaing & kadang-kadang berdepan dengan masalah produk sendiri. Apa pun jua dugaan yang mendatang tabah lah..In Shaa Allah, Allah akan membantu kita semua yang penting istiqomah.
Ok lupa kan bab dugaan. Pagi tadi si ke pasar bertemankan encik suami. ketika sedang berjalan tetibe nampak seekor anak kucing yang comel tapi kesian tak ada ibu dan badannya luka, sakit mata plak tu. Sis ni kesian sangat tengok anak kucing tu tapi encik suami tak bagi bela2 binatang so sis pun berlalu la dengan berat hati. Tapi asyik teringat so beranikan diri gak la mintak dengan encik suami yang garang persis harimau tu ekekekeek. Pas buat ayat kesian encik suami pun benarkan tanpa sedikit pun senyuman kat muka wakakakaka...tapi syarat letak kat luar rumah.So we all patah balik n amik la anak kucing tu then sis kendong la sehingga selesai beli barang2 hahah..pastu encik suami mintak 1 kotak dari bangla yang jual cili utk letak kucing so terus masuk kete n bawak balik. Hehe petang td sis bawak gi klinik doc bg ubat cacing, bersihkan luka n sapu ubat dan bg multivitamin. Now dia tgh tdo dalam carrier. Tapi tak berhajat nak bela cuma akan jaga sehingga dia sembuh dan besar..cuma akan jaga makan minum dia je la..hehe sebab encik suami tak bagi dia masuk umah so buatkan tempat khas kat porch la.
Bawak ke vet. kena cukur sket bulu dia utk bersihkan luka. |
Eh eh..harini dah 28hb la beberapa hari je lagi masuk 1 June..ekeke..sis nak launch sambal baru 1 June nanti hehhe so jangan lupa naaaa kemunculan produk baru sis ni..nah nak belanja teaser sket wakakakak
Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37
0 Comments