Rezeki Allah itu luas

Salam semua,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi hari ni hujan turun selebat-lebatnya. Lama sangat rasanya hujan tak turun selebat ini. Memanglah kita ni manusia yang lemah kan? baru Allah uji dengan kemarau kita dah tak tahan..

Hari ni sis nak share cte pasal rezeki..hehe..hari ni sis sebenarnya demam agaknya kesan dari serangan migrain 2 hari ni. So dapur sambal hitam pahang sis hari ni tutup la sekejap just buat keje2 packaging, kira stock, buat stock record then update accounts la sikit2. Oleh sebab hari ni hari Sabtu so terdetik la dalam hati sis tadi 'hurmm..slow la bisnes hari ni..tak ada la org order' tup2 tak sampai setengah jam ada org call kata nak mintak cod sambal hitam pahang. Kebetulan hari ni memang ada nak cod gak..so kira leh jalan la sekali. Yang menariknya customer yang tetibe call tu terus mintak 5 botol katanya dia akan ke Mexico malam esok atas urusan kerja selama 2 minggu tu yang terus borong sekali 5 botol..hehehe..jeles tau sis kat sambal tu..huntungggg laaa..leh gi Mexico ye ko sambal..ekekek..then tgh drive nak cod sambal ada plak wssap masuk mintak pos sambal hitam pahang ke Sabah plak hehhehe..Alhamdulillah..syukur sangat.

Itu la namanya rezeki Allah..rezeki yang memang Allah dah tentukan untuk setiap hambaNya. Rezeki Allah itu luas,datang dalam pelbagai bentuk..tiap udara yang di sedut, tiap nafas yang di hembus, kesihatan,anak,paras rupa dan segala2nya adalah rezeki Allah. Siapa lah kita kan untuk menyombong atas muka bumi milik Allah ni..hurmm apatah lagi kalau tak nak bersujud menyembahNya..Nauzubillahi min zalik..moga Allah lindungi kita semua dari bersifat kufur.

Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37




Post a Comment

0 Comments