Hari ni sepatutnya sis nak share cerita sekitar Karnival DE-UP UiTM 2016 yang sis join tapi tetibe mood sis swing sikit bila ada peniaga yang sis anggap sebagai peniaga berhati busuk mula mengganggu sis sejak Jumaat lepas. Jujur sis tak pernah kenal mahupun berurusan dengan dia. Tapi bila sis tengok profile ig dia,rupanya dia berniaga produk yang sama sepertimana produk yang sis keluarkan.
Sis sangat kecewa bila melihat profile peniaga tersebut..bukan kecewa kerana kami mengeluarkan produk yang sama tapi kecewa kerana peniaga tersebut menggunakan pendekatan yang hina untuk memasarkan produk beliau..maaf cakap tapi sis anggap dia sebagai peniaga yang hina. Sungguh sis malu kerana dia antara bangsa Melayu yang merosakkan nama bangsa itu sendiri. Jujur sis memang sentiasa berfikiran terbuka, sis akan terima segala komen yang membina tetapi melihat pada post beliau yang telah pun di delete jelas terpancar niat buruk yang tersembunyi disebalik komen beliau. Paling kecewa sanggup beliau memfitnah sis menggunakan ikan bilis murah dan sambal sis berbau hapak. Nauzubillah..sis berniaga memang niat kerana Allah langsung tak terlalu fikir soal keuntungan tapi sis memang jaga kualiti produk sis sebab sis niat berniaga selagi ada hayat. Tapi ntah la apa yang berada dalam fikiran peniaga tersebut..lepas dah sebarkan fitnah tanpa segan silu dia mempromosikan produk dia di laman sosial sis. Kesian sis tengok peniaga tersebut, seolah2 terlalu dahagakan perhatian hingga sanggup menjatuhkan maruah sendiri.
Sis bukan lah jenis melayu yang membunuh melayu. Sis sedaya upaya akan tolong produk-produk tempatan apatah lagi produk kawan2. Kalau tak percaya baca aje di facebook, page dan ig sis. Sis memang akan sama2 tolong promote produk kawan2..jadi sis kecewa sangat dengan sikap peniaga yang pada sis sangat tidak bermaruah tersebut. Maaf cakap, mungkin tahap pendidikannya rendah atau mungkin fikirannya cetek..mungkin juga jahilnya beliau terhadap pegangan agama dan tidak mempercayai bahawa rezeki itu telah ditentukan oleh Allah. Siapa pun dia atau apa pun niat dia,sis doakan semoga Allah membuka pintu hati dia untuk bertaubat dan kembali kepada fitrah. Soal rezeki, soal jodoh, soal maut semuanya rahsia Allah..Allah dah tetapkan rezeki masing2, jodoh masing2 & ajal masing2. Tak perlu cuba merebut atau cuba menjatuhkan peniaga lain kerana rezeki itu memang Allah dah tetapkan..sekuat mana kita utk cuba menutup periuk nasi orang andai Allah kata itu rezeki dia maka itu tetap akan jadi milik dia.
Bagi yang membaca blog sis ini, ingatlah dan jadikan lah cerita dan pengalaman sis ini utk panduan dan marilah kita beringat jangan sesekali berniat jahat pada orang lain..sokonglah bangsa sendiri seperti peniaga2 cina yang saling membantu bukan saling berbunuhan. Sis ada simpan semua bukti dan screen shot tapi biarlah sis simpan..tak perlu sis aibkan dia..kalau tak apa bezanya sis dengan dia
Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061566
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37
0 Comments