salam semua,
Hurmm arini sis sibuk sikit ke hulu ke hilir cod sambal, restock sambal dan amik kesempatan buat sikit marketing. Ye la kannn..bukan senang nak senang ni..kalau dah senang pun still kena maintain kan kesenangan kita tu kan?
Apa yang sis nak share hari ni ialah tentang kegigihan seorang peniaga. Ye la..untuk jadi peniaga ni bukan mudah walaupun orang sekeling sentiasa ingat kita ni senang. Macam2 cabaran yang kita kena hadapi. Cam sis..tak sedikit yang reject produk sis. Kadang2 hantar sample pada vendor,pihak vendor janji akan call balik then senyap seribu bahasa bila kita asyik follow up jawapan sama 'nanti kami akan call puan semula' last2 bila call lagi jawapan 'maaf..dah ada yang jual sambal hitam di kedai kami' hurmmm kenapa dari awal tak bgtau kan? Tapi itu laaa..kita ni kena banyak sabar.
Ada gak yang beria2 call n wassap kata nak order sampai 10 botol siap bg alamat n janji akan bank in..pastu dia bila kte follow up lg jawapan 'ye..ye saya confirm nak jap lg sy bank in' yang kita ni dok percaya then pack la utk 10 botol utk diposkan..maklum laaa bukan sikit2 nak pack utk pos so fikir tak nak la buat 2-3 kali kerja..sudahnya sebulan senyap tanpa kabar berita..nak tanya lg kang kata paksa beli plak. Hurmm pada yang tak nak beli tu jangan la buat harapan palsu pada peniaga2..betul kalau yang berjanji tu tak beli mmg akan ada pembeli lain tapi kan tak baik buat camtu..sis dah hadapi ramai yg bersikap begini..siap bg alamat lg.
Hehe tak pe laaa..apa2 pun bertabahlah wahai peniaga sekalian..memang inilah situasi yang akan kita hadapi itu belum bab melayan customer yang berlagak yang cakap kasar then speaking london then treat kte cam orang yang tak pernah belajar kat university 😰😰. Yang penting sabar..InshaaAllah Allah akan berikan kta jalan yang terbaik.
Love,
Sis
MINionlicious Enterprise
017-2061567
http://www.facebook.com/sambalhitam.pahang.37
0 Comments