Salam semua,
Lama dah sis tak update blog. Apa2 pun dikesempatan ini sis ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Bercerita soal raya ni memang la seronok..seronok bila dapat berjumpa dan merapatkan ukhwah sesama saudara. Paling best bila berkumpul ramai2. Meriah sungguh rasa dan sangat bermakna 'raya' itu sendiri.
Tapi apa yang sis perhatikan sekarang raya bukan lg diterapkan dgn sifat2 untuk merapatkan ukhwah tetapi anak2 diajar untuk collect duit raya. Serious kekadang rasa sedih bila ada ibu2 yang siap pesan 'jangan lupa duit raya utk anak aku'. Ada juga yang tak segan silu sound tuan rumah 'eh! Duit raya tak ada ke?' Secara jujur sis rasa perbuatan itu sangat2 tidak wajar. Sepatutnya kita didik anak2 untuk meraikan hari raya dengan cara yang baik, tujuan asal menziarah adalah untuk merapatkan ukhwah bukan untuk meminta duit raya. Ramai yang tak faham duit raya tu sedekah yang mengikut kemampuan..jadi terpulang pada tuan rumah sama ada untuk memberi sedekah atau tidak..sedekah diberi dengan ikhlas bukan secara paksa. Maaf kalau catatan sis agak kasar tapi mengajar anak2 untuk meminta duit raya sama je macam ajar anak minta sedekah. Terkadang kita tak tau setakat mana kemampuan tuan rumah. Alangkah sedihnya hati jika orang datang bertandang mungkin ketika itu tuan rumah tidak berkemampuan dan kanak2 meminta duit raya pulak.
Ada yang mungkin kata 'alaaa..seringgit je pun'. Pada sis la kan mungkin la kita kata 'seringgit je pun' tapi tuan rumah mungkin dalam kesusahan jadi seringgit je pun tu sgt berharga bg dia. Sis ada kawan yang baru dibuang kerja, persiapan raya ntah macam mana jadi andai kata ada yang demand duit raya rasanya sangat tidak patut. Memang la orang tak tahu tp itu lah pentingnya didikan pada anak2. Jangan terapkan dalam diri anak2 yang dapat duit raya itu suatu kewajipan.
Tadi terbaca di ruangan komen di IG Dato' Aliff Syukri..kononnya beliau tanya sekiranya beliau nak buat open house ada tak yang nak datang tapi terbaca 1 komen 'kalau datang berapa duit raya nak bagi?' Muahahah pada sis komen tu agak biadap. Orang dah ajak beraya pun dah cukup bersyukur ni demand plak duit raya. Seriously rasa sangat yang anak2 sekarang semakin melupakan tujuan atau matlamat raya itu sendiri. Tak salah bg anak2 duit raya tapi yang salah bila jadikan amalan meminta duit raya tu 1 kewajiban. Ok ni pendapat peribadi sis..tak setuju tu u olss punya pasal hahahah.
Love,
Sis
0 Comments