Tuesday, 10 January 2017

Cari masa untuk timba ilmu

Uiksss skrg ni jarang betul laaa update blog. Bukan apa selalu tak berkesempatan. Kekadang time ada masa idea plak tak de.

Cerita tentang timba ilmu ni..haaa..sis rasa mmg sangat2 perlu. Lagi2 untuk usahawan2. Ilmu ni sebenarnya makin kita belajar, makin kita sedar betapa masih banyak yang kita tak tahu dalam hidup ni. Sebab ilmu ini diibaratkan seperti lautan..tak akan pernah habis. Adessss sekarang ni nak masuk kelas penulisan blog pulak laaaa sebab muahahha banyak sgt2 perkara sis tak tau hahah..nak setting blog bg cantik pun terkial2 plak2 selalu update blog guna handphone je.

Ok, sambung bab pencarian ilmu. Alhamdulillah last year banyak juga seminar2 dan kelas2 yang sis join walaupun sibuk dengan pelbagai event. Antara seminar & kelas2 sis join ialah OBAC, Interwip, IMKK, labelling & packaging n banyak lagi la. Oleh sebab hujung2 tahun sis join event2 besar cam PAU, MAHA,Mood Republik so untuk yang hujung2 tahun terpaksa skip banyak kelas n seminar. So..sebagai ganti Insyallah tahun ni kita pulun masuk lagi kelas2..sehingga 11hb Januari 2017 ni Alhamdulillah sis baru settle 2 kelas iaitu 1 anjuran FAMA & 1 lagi coaching class oleh Tuan Badrul Sani. Moga tahun 2017 ni menjadi tahun yang penuh dengan pengisian ilmu selain menjadi tahun pengisian poket hahaha..doakan yang baik2 ye. Moga kita semua menjadi orang yang kaya & berjaya dunia dan akhirat..aminnnn.

Tahun 2016 Alhamdulillah menjadi tahun yang sangat bermakna buat sis dalam melebarkan sayap perniagaan dan misi memperkenalkan masakan tradisi negeri Pahang. Last year dapat laaaa rezeki masuk tv..ekekek..Alhamdulillah dapat jemputan dari Rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Tahun 2017 ni pulak Insyallah jadi tahun majalah kot. 3 Januari 2017 hari tu baru shooting untuk majalah mingguan wanita dan Insyallah esok (Khamis 12 Jan 2017) interview dengan majalah Keluarga pula. Moga tahun ni sis boleh lebih melebarkan sayap perniagaan..aminnn..eh dah azan subuh laaa..jom Solat.







No comments:

Post a Comment