Tahun Majalah?

Alhamdulillah dan Insyallah tahun 2017 ini mungkin menjadi tahun majalah bagi Min'z Sambal Hitam Pahang..hehe kenapa?

Pertama sekali, syukur sangat ke hadrat Ilahi atas segalanya. Pada 3hb Januari 2017 yang lalu sebagai pembuka tahun 2017 team Majalah Mingguan Wanita datang ke rumah untuk sesi photoshoot. Ketika itu kami diminta untuk membuat 13 jenis resipi berasaskan Sambal Hitam Pahang khas untuk sisipan resipi 13 mukasurat.

Kemudian pada tanggal 12hb Januari 2017 pula kami dijemput oleh Editor Majalah Keluarga untuk diinterview dan photoshoot untuk Majalah Keluarga. Sampai di Karangkraf kami dilayan mesra oleh kakitangan karangkraf terutama oleh Cik Nisa (wartawan Majalah Keluarga), Cik Niza (photographer) & Cik Sue. Kami yang kekok pada mulanya untuk beraksi depan kamera pun tak terasa kekok lagi atas layanan mesra mereka. Pulak2 bila Cik Sue tunjukkan cara beraksi depan kamera..hehe rasa cam retis kejap time tu hahaha..maklum laaaa kena wat aksi ketawa la,aksi lentok2 dengan produk la haha..semuanya jadi pengalaman sangat berharga buat kami. Alhamdulillah sesi fotografi n interview berjalan lancar. Sebelum pulang, mereka hadiahkan kami Majalah Keluarga bulan Januari dan Februari 2017.

Lepas 3 hari baru la ada masa nak belek-belek majalah. Maklum la, jadual agak padat kebelakangan ni. Semalam belek punya belek terperasan 'ehhhh..ni produk kami la..' dengan gembira terus snap pic. 1st terus msg Puan Marliana Shamsuddin iaitu Editor Majalah Keluarga untuk ucapkan Terima Kasih.  Kemudian msg Puan Norlis selaku orang yang bertanggungjawap memperkenalkan kami ke Karangkraf. Hehe happy laaaa kami sebab memang tak sangka dan jangka rupanya produk kami dah pun terselit di ruangan 'Menarik Bulan Ini'..hehe..senyap2 je diaorang, tak bagitau pun..untuk pendatang baru seperti kami ini adalah penghormatan terbesar buat kami. Alhamdulillah atas segalanya..dan kami terfikir..hurmmm mungkinkah tahun 2017 ni tahun majalah bagi kami? Hehehe..moga Allah permudahkan segala urusan..aminnn





Post a Comment

0 Comments