Semakin kita meminta semakin Allah memberi

Banyak yang sis pelajari bila menguruskan perniagaa sendiri ni. Antaranya bila mana kita menjaga hubungan dengan Allah semakin baik kehidupan kita. Percayalah..semakin kita meminta dengan bersungguh semakin Allah memberi..bukankah Allah itu maha pemurah? Jadi mintalah sebanyak mungkin tanpa meninggalkan suruhanNya.

Alhamdulillah..Min'z Sambal Hitam Pahang keluaran Minionlicious Enterprise semakin mendapat sambutan. Alhamdulillah tiap hari ada saja order yang masuk dalam kuantiti yang banyak. Terbaru ada yang order hingga 1000 botol..syukur tak terhingga atas rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah berkat cekal menghadapi pelbagai dugaan akhirnya Min'z sambal hitam pahang makin mendapat tempat dihati pelanggan.

Seperti yang sis tulis dalam entri blog sebelum ni..kami di Minionlicious mencipta kelainan untuk anda. Sambal kami berbeza kerana kami benar2 mencipta kelainan dengan penuh keikhlasan dengan harapan dapat memperkenalkan sambal tradisi negeri kelahiran sis ni ke mata dunia. Sis sendiri masih  menimba ilmu..mudah2an segala impian terlaksana..doakan sis kerana sis sangat perlukan doa yang baik2 dari kalian..terima kasih.. Jangan lupa like page kami tau!
https://www.facebook.com/MINionlicious

Post a Comment

0 Comments