Tolong la ubah mentality kita

"uishkk best la keje sendiri..leh bangun lambat"
"Alaaa..keje sendiri takkan tak leh cuti??"
"Patutnya keje sendiri ni lebih banyak masa dari orang yang bekerja dengan company lain"

Ok..itu antara ayat-ayat yang pernah sis dapat dan sis telan..dalam hati sis cuma mampu berdoa supaya insan2 tersebut boleh mengubah mentality mereka tentang "KERJA SENDIRI".

Ntah la kenapa ek..rata2 mentality atau cara pemikiran orang melayu sebegitu..memang bukan semua tapi kebanyakkan..kenapa mereka tak boleh berfikir diluar kotak? Hurmm secara logiknya, kalau bangun tidur lambat camne nak lekat rezeki? Jujur..sis agak kecewa dengan segelintir masyarakat yang berfikiran sebegitu..banyak negatif dari positif. Ada juga yang gelakkan bisnes orang lain walhal diri cuma kerani di pejabat pos..maaf bukan menghina tetapi cuma nak bagi gambaran betapa negatifnya pemikiran kita.

Ok..sis nak bagi contoh sket..kalau kita bekerja sendiri dan kita bagun tidur sesuka hati atau kerap bercuti dari bekerja..agak2 la kan..camne ek duit tu nak masuk? kan? u all faham tak apa yang sis cuba sampaikan? ekkeekekek..pengalaman sis sendiri, sis 14 tahun bekerja dan berkhidmat di syarikat swasta..rutin harian sama je..pagi masuk kerja,tgh hari break,malam baru sampai rumah dan begitulah seterusnya selama 14 tahun. Bila sis memulakan perniagaan kecil-kecilan sis ni rutin harian sis berubah 360 darjah. Sebab apa?? sebab hakikatnya bekerja sendiri memerlukan pengorbanan lebih dari segi masa. Kalau anda tak sanggup bekerja lebih dari 12-14 jam sehari tolonglah jangan ada hati untuk bekerja sendiri. Terus terang sis biasanya memulakan kerja seawal pukul 4 pagi, rutin sis biasanya pagi2 berkejar ke pasar borong, balik selesai menunaikan kewajiban sebagai hamba Allah sis akan memulakan tugas mengopek bawang, membersihkan tangkai2 cili (maaf ini bukan bercerita soal kopek bawang sekilo dua tapi berkilo2 ye). Selesai tu buat pula preparation untuk memasak sambal hitam (proses memasak mengambil masa 7-8 jam). Biasanya sis akan memasak selang sehari sebab selepas proses memasak,sis amik masa hampir sehari untuk proses menyejukkan sambal sebelum di pek. Untuk hari yang tak memasak sis akan uruskan proses packaging daripada tampal sticker, masukkan sambal dan seal. Kemudian ambil order online dan wat proses penghantaran..100% memang sis uruskan sendiri bersama suami. Itu belum bab delivery ke kedai2 atau ada yang nak COD. Bile masa berehat? hehe..malam time tidur. Pukul berapa biasa sis tidur? lately sis memang tidur dalam pul 1 pagi..heheh so kira la sendiri berapa jam sis berehat.

Ini bukan merungut tapi sis share apa rutin sis. Terus terang walaupun penat tapi sis happy dan berpuas hati bila customer berpuas hati. Jadi bagi mereka yang mempunyai mentality seperti yang sis cte kan tadi tolong la berubah.."BUKAN SENANG NAK SENANG" apa pun banyakkan doa,letakkan ALLAH dihadapan, jangan tinggal solat..In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.

Love,
Sis

Post a Comment

0 Comments