Timba Ilmu

Pesanan untuk diri sendiri dan usahawan2 yang baru atau pun yg baru nak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ni..belajar! Cari ilmu sebanyak mungkin..masuk kelas2 bimbingan. Jangan berniaga syok sendiri tanpa ilmu.

Banyak sebenarnya kelas2 anjuran pelbagai pihak untuk usahawan2 belajar. Sebagai usahawan mestilah kita nak perniagaan berkembangan maju bukan setakat berada setempat. Kalau sekarang kita berbangga kerana banyak tempahan dari rakan2, apa kata kita kembangkan perniagaan kita pada orang luar pulak!.. Apa yg sis perhatikan usahawan2 yang berjaya ni mereka tidak malas untuk berusaha. Tidak malas untuk menimba ilmu & tidak degil dan tidak berpuas ati dengan tempahan yang sedikit.

So sis pesan pada diri sis sendiri..jangan malas..biar pun tiada masa untuk rehat sepuas-puasnya,rebut la tiap peluang yang ada. Jangan malu utk belajar dengan yang lebih berpengalaman. Pekakkan telinga pada suara2 yang negatif & buka minda utk perkara2 yang positif. Moga sama2 berjaya dunia akhirat 😘

Post a Comment

0 Comments