Proses merebus belimbing buluh
========================
Proses merebus belimbing buluh sangat rumit..merebus belimbing buluh utk dijadikan bahan utama sambal hitam pahang ni memerlukan kemahiran. Jika kurang mahir, belimbing buluh yang direbus mungkin akan jadi terlalu hancur atau pun mungkin akan hangus, ini kerana belimbing buluh ini akan direbus tanpa menggunakan air.
Proses merebus belimbing buluh juga sangat lama..memakan masa hampir 1 hari. Belimbing buluh rebus yang benar2 berkualiti ialah belimbing buluh yang direbus mengikut cara tradisi iaitu menggunakan kayu api. Zaman sekarang ramai yang dah menggunakan dapur gas tapi percayalah tekstrur belimbing buluh tersebut,rasa & warna dah tak sama.
.
Kenapa kami kongsikan cerita proses merebus belimbing buluh ni? Supaya anda semua tahu yang proses untuk menyajikan sambal hitam pahang yang enak ni bukan sesuatu yang mudah & Supaya anda lebih menghargai rasa sambal yang dimasak enak ini. Untuk proses memasak sambal hitam ini pula mengambil masa minima 7-8 jam untuk masak & tahan lama hingga 6 bulan tanpa bahan pengawet.
.
Harap informasi ini sangat berguna untuk anda semua😘😘😘
0 Comments