IMPIAN KAMI
==========
Alhamdulillah, impian kami di Minionlicious untuk memperkenalkan Sambal Hitam Pahang ke masyarakat luar kini tercapai.
.
Bertemu dengan pelanggan tetap kami di Tesco Setia Alam yang berkahwin dengan 'mat salleh' dan suaminya sangat menggemari sambal hitam pahang kami membuatkan kami bangga..bangga bukan bermakna kami riak tapi kami bangga kerana impian kami untuk memperkenalkan masakan tradisi Pahang ni pada masyarakat luar dan masyarakat bukan melayu berjaya..sekurang2nya mereka tahu yang masakan tradisi kita ada nilai tersendiri.
.
Alhamdulillah, kalau di sekitar Setia Alam ni rata2 pelanggan kami juga terdiri dari masyarakat cina. Terima kasih tak terhingga pada pelanggan yang tak putus2 menyokong produk tempatan😘😘😘. Tanpa anda siapalah kami..
0 Comments