Pelbagai cara menikmati Sambal Hitam Pahang

Salam u olsss..

Ada yang tanya..'sambal hitam pahang ni sedap makan dengan apa?'..ok hari ni sis nak bercerita sambil memgajar la ye hahha camne cara nak menikmati sambal hitam pahang ni..ekekek ada pelbagai cara sebenarnya selain makan dengan nasi panas2 tu.

1. Bubur nasi
Ni padanan yang paling best pada sis. Sis memang suka sangattt kalo makan bubur nasi dengan sambal hitam pahang. Memang umphhhh..tak payah dah ko nak letak ikan bilis bagai dik oippp..telo masin pun dah tak payah.

2. Pulut
Ni pun mmg best..pagi2 tu ko tanak la pulut. Wat kelapa parut sket yg ko gaul dengan garam n gula sket..pastu hidangkan dengan sambal hitam pahang ni..perghhh mabeles!!. Ni kalo korang tambah berpinggan2 korang jgn nk salahkan sis plak muahahha

3. Lempeng
Seyes sedap! Korang cicah la lempeng dengan sambal hitam pahang..plak2 sambal hitam ikan talang sis ni..ekekek..jaga2 kang 5 keping lempeng plak korang tibai!

4. Capati
Muahahha..bg sape2 yg suka capati tapi tak berapa suka nk mkn dgn kari ke dal ke..korang try makan dengan sambal hitam pahang ni..seyes sedappp..pilihan sis..makan dgn sambal hitam ikan talang..betul!!tak tipu..try la weihhh

5. Roti gardenia
Yang ni selalu student buat..ni kalo korang taburkan sambal hitam ikan bilis sis ni..seyes mmg best,ala2 floss gitu..

6. Cekodok
Muahah korang wat cekodok/jejemput bawang pastu korang cicah dengan sambal hitam ikan talang yang basah2 tu perghhh ni mmg meleleh air liur..kalo org pahang kata 'berlejeh air liur'

7. Roti jala
Ni customer sis yang bgtau..dia makan sambal hitam sis ngan roti jala..katanya sedap tapi yang ni sis belum try.

Ok dah 7 je sis bagi..selebih tu pandai2 la korang camne nak makan muahahah!
Eh..eh..jangan lupa like page sis ye https://www.facebook.com/MINionlicious







Post a Comment

0 Comments