Sunday, 17 July 2016

Dah buka 'kedai' cam biasa

Salam semua,

Ekekeke..mereput blog sis ni weih.. lama tak update. Haishhh bukan tak nak update tapi biasa laa...bz + malas + tak ada idea..muahahahah..

Sis dah buka 'kedai' cam biasa raya ketiga lagi..ekekeke..sibuk memasak sambal hitam time orang lain sibuk memasak rendang. Ekeke..Alhamdulillah sehari sebelum raya banyak terjual dan raya ketiga dah start ada permintaan..tu la buka 'kedai' awal..hehehe

Alhamdulillah tak sampai seminggu restock sambal,semua sold out maka semalam terpaksa la sis masak lagi untuk kali ke-3 dalam minggu ini. Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi yang membuka luas pintu rezeki dan memudahkan segala urusan.

Eh..sebelum lupa, sape2 yang dok area Seksyen 19 Shah Alam leh la dapatkan sambal hitam pahang keluaran MINionlicious Enterprise ni di Bazar Kurma Malik sbelah Speed 99 barisan Restoren Nasi Vangge tu...tak lupa juga nak update ni..sis sekarang dah keluarkan pack 'mesra travel' muahahha..tah apa2 ayat kan? ayat mudah.. sis dah keluarkan pek plastik aluminium berzip untuk yang tak mo beratkan bag dengan botol. Asalnya sis dapat special request dari jemaah haji so sis teruskan la buat utk yg mmg nak bawak gi travel. Cam baru ni, sis dapat order dari seorang perempuan India. Menurut beliau, anak perempuannya pernah beli sambal sis ni skrg anak dia berada di US then request nak sambal sis ni. Gigih Mdm Kasturi (nama customer India) ni beli untuk anak dia & siap order lagi untuk bulan November akan datang..katanya dia pulak nak travel ke US so sis tunjukkan dia travel pack..hehhe..kan mudah? tak yah berat2 bag kalo nak beli banyak2. Harga? harga dan isi kandungan sama je dik non oippp.




No comments:

Post a Comment