Saya memang menentang keras pada sebarang aksi curi mencuri ni. Tak kira la mencuri apa pun..curi duit? Curi idea? Asal namanya curi memang semua pun menentang rasanya..tak akan ada yang sokong orang mencuri kan? Lebih malang gunakan duit hasil curian tu untuk menyara hidup.
Terus terang sy sgt2 bencikan orang yang mencuri idea orang lain. Jual idea tersebut & kaut keuntungan. Kesian orang yang membangunkan idea tu..berperah keringat & otak. Tu belum bab buat Reseach & Development. Bila dah bangunkan idea..kemudian buat pelbagai pelaburan tapi tup2 orang lain curi,tiru & jual!!' Agak2 berkat ke?? Kalau tanya saya..memang sy tak halalkan pulak2 yang pencuri tu bergelar rakan!
Maaf..orang begini tiada adab. Dah la mencuri..sepatah permohonan maaf pun tiada dan kemudian berbangga dengan hasil curian. Di mana sifat malu? Lebih sedih bila yang melakukan ini kononnya berpendidikan agama..maaf..hilang segala respect & orang sebegini tidak layak pun bergelar sahabat pada sesiapa. Benar..orang kata sesuatu yang bagus pasti akan di curi atau ditiru tapiiiii..cuba faham perasaan orang yang melabur banyak, yang usaha keras tapi tiba2 senang2 kita curi & JUAL!
Maaf agak emosi coretan kali ini..emosi bukan kerana apa tapi kerana ingin sy tegaskan agar jangan menjadi seorang pencuri!! Carilah rezeki yang halal. Dunia ni luas..banyak benda yang boleh dibuat kenapa la nak curi idea orang lain. Harap pada si pencuri yang baca coretan ini utk hentikan perbuatan anda..memadai usahakan apa yang anda usahakan selama ini..tak perlu bangunkan sesuatu dengan hasil curi..
0 Comments