Hari ni we all ber blog dari pwtc muahaha..sebab we all join Konvensyen Keusahawanan Online 2016. Biasa la we all kan masih dalam proses menimba ilmu. Ilmu sampai bila pun memang kena cari kan? Oleh sebab hari ni sampai awal so now dah ada dalam dewan merdeka ni ha nak tgg talk dari Irfan (talk start kul 10.20 now baru kul 8.50..nampak tak??betapa semangatnya? Muahahah)
Hari ni terpanggil nak cte pasal positif vs negatif. Maklum la banyak aura positif masuk bila join bemgkel2 n kelas2 usahawan ni. Muahahha tapi secara jujurnya..sepositif manakah kita? Mudah utk kte nasihatkan org lain.."positif lah!" Tak kurang gak yang libatkan bisnes dgn ayat 'positif la..awak tu ada bisnes" tp tanpa kita sedar yang memberi nasihat pun tak kurang negatifnya. Positifkah kita kalau sering mengeluarkan kata2 sindiran? Positifkah kita kalau diruangan komen di fb masing2 komen semua berunsur sindiran & ketawa berjemaah? Pd kami mudah..negatif itu bila seseorang menyalah tafsirkan perkataan seseorang & menterjemahkan sesuatu perkataan dengan cara yang salah. Sebagai contoh..bila seseorang memberitahu dia sedar diri kerana semua kiriman whats app nya tidak berbalas sepatutnya kita tidak mentafsirkan sebagai 'dia kata aku kurang ajar sebab tak balas msg dia..dia kata aku dengki..dia kata aku biadap' & kita mula 'menyahkan' dia dalam hidup kita. Cuba kita berada ditempat dia..dia cuma memberitahu dia sedar diri langsung tiada perkataan 'kau dengki..kau biadap..kau kurang ajar'..alangkah sedihnya dia. Sudahlah diserang bertubi2 kemudian di removekan dia dalam hidup anda & anda masih lagi menyindir2 di komen2 fb yang anda anggap dia tak akan tahu..jadi dimanakah sikap positif itu? Paling sedih bila melibatkan bisnes dalam soal peribadi. Tahukah anda betapa gigihnya seseorang untuk berjaya & anda sewenangnya cuba menghancurkan. Apa pun terjadi jgn sekali2 libatkan bisnes org lain dgn soal peribadi sebab tak pernah kami terfikir ada orang yang akan berdengki dengan bisnes tak seberapa kami ini. Setitik zarah pun tak terfikir kerana kehidupan anda mungkin lebih baik dari kami
Seringkali kita lihat ramai yang update status2 berunsur positif sedangkan itu cuma kepuraan semata. Kalau tanya kami secara peribadi..ye kami juga seperti anda mahu sentiasa bersikap positif tetapi kami juga manusia seperti anda..adakala emosi juga terganggu. Jangan terlalu pentingkan diri. Muhasabah juga diri sendiri sebelum menunding jari. Sepatutnya sesuatu perkara kecil tidak dibesarkan. Perkara yang didiamkan satu pihak sebenarnya bersifat positif iaitu tidak mahu mengeruhkan keadaan tapi sayang ada yang menyalahtafsirkan & kemudian berjemaah memulaukan.
Ahhhhhh..nape blog ni bebaur emosi? Hahhaa..manusia..biasalah kekadang emosi tidak stabil apatah lagi yang menghancurkan hati itu ialah orang yang kita rapat, yang kita sayang. Tak pe la satu hari Allah akan tunjukkan kebenaran. Moga Allah buka pintu hati kita semua untuk memaafkan supaya kita tak tersangkut di akhirat kelak, semoga tidak terlewat utk kita masuk ke pintu syurga hanya kerana kita bersifat dendam.
0 Comments